PPSMI

Respons: Demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik isu PPSMI

SABTU lalu seluruh rakyat Malaysia telah menyaksikan satu perhimpunan luar biasa sebagai menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ia dianjurkan oleh Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang turut disertai beberapa pemimpin Gabungan Penulis Nasional (Gapena) dan tokoh bahasa.

Walaupun pada awalnya, mereka bersetuju untuk hanya berhimpun di perkarangan Masjid Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong menerusi wakil Istana Negara, namun perhimpunan itu bertukar menjadi perarakan besar-besaran menuju ke Istana Negara. Keadaan itu memaksa polis melepaskan asap pemedih mata bagi menyekat penunjuk perasaan terus berarak. Berikutan itu keadaan menjadi kecoh dan tidak terkawal, akhirnya enam orang ditahan polis kerana menyertai perarakan tanpa permit.

Penganjur sendiri tidak menjangka perhimpunan itu akan bertukar menjadi satu perarakan besar dan mendakwa mereka yang datang itu tidak mengetahui persetujuan sebenar dibuat dengan pihak polis. Akhirnya niat ikhlas penganjur tercalar dan mengundang kritikan serta cemuhan dari pelbagai pihak.

sumber Berita Harian ( baca )

No comments:

Post a Comment