Animals

Periuk Kera

APC BTP 2008

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang BTP 2008, tahun ini di adakan di Hotel Royale Bintang, Seremban Negeri Sembilan. Seramai 162 orang pegawai-pegawai BTP, BTPN, PTPB dan PKG seluruh Malaysia telah di anugerahkan Perkhidmatan Cemerlang. Penyampaian APC telah disempurnakan oleh Dr.Haili bin Dolhan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penerima APC BTPN Sarawak bersama KPP

Dari Kiri: Belayong ak.Jantan, Romayne Boniface Nugi, Azman Bin Marbawi,

Kushairi Bin Sidek, Shukri Bin Anggon, Encik Abd.Wahib Bin Rosli (KPP BTPN Sarawak),

Dayang Rosnani Abang Ariff, Hasanna Bt. Zunaidi, Zaharah Bt. Mohamad,

Sufbehi Ali Bin Sobeng, Sayed Abdul Aziz Bin Sayed Zawawi


Tidak Hadir: Merjedi @ Zainuddin Bin Kuan, Abdul Rashid Bin Bujang, Lily Anak Gangga,

Muhammad Firdaus Bin Basrol, Noraisah Binti Mahmud, Mohd. Afandi Bin Suhaili







TANIAH Engkabang.net



Engkabang.net berjaya mendapat tempat kedua di Pertandingan Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia (AIKPM) pada 12 hingga 13 Ogos 2009. Warga engkabang harus berbanga dengan kedudukan berkenaan dan marilah teruskan sokongan kita bersama engkabang. Taniah sekali lagi......

Anugerah Inovasi KPM (AIKPM)


Kumpulan Portal Engkabang.net JPN yang diketuai oleh KS, Encik Awangku Merali mengikuti Pertandingan Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia (AIKPM) yang diadakan di Auditorium Parcele Putrajaya pada 12 hingga 13 Ogos 2009. Mereka akan membentangkan berkenaan dengan Portal engkabang.net disamping mempromosikan engkabang.net di seluruh Malaysia. Taniah kepada Jabatan Pelajaran Sarawak dan khasnya Portal Team engkabang yang telah berkerja keras selama ini. Teruskan usaha anda yang secara tidak langsung mendekatkan seluruh warga pendidik di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Semoga berjaya di iringi doa seluruh warga engkabang.net

http://engkabang.net

Image Blog

Blog perkongsian image saya, sila layari blog http://romayneblog.blogspot.com

Kongres harap permohonan cuti guru 30 hari dilulus


JERANTUT 14 Mei - Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) berharap kerajaan dapat mengumumkan berita gembira bagi golongan pendidik pada sambutan Hari Guru Sabtu ini iaitu cuti 30 hari setahun.

Pengerusi Kongres, Jemale Paiman berkata, permohonan itu telah lama dikemukakan dan ia merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam perjumpaan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, kelmarin.

''Cuti tahunan guru pada masa ini adalah tujuh hari. ia merupakan antara yang diperjuangkan Kongres membabitkan perkhidmatan dan kebajikan guru.

''Perbincangan yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi itu menunjukkan tanda yang positif," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Jemale yang juga Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) berkata, ketika ini para guru menikmati cuti tahunan sebanyak tujuh hari.

Dalam pada itu katanya, antara perkara lain yang turut dibincangkan termasuk kajian semula elaun guru yang bertugas di pedalaman dan peluang kenaikan pangkat guru lepasan diploma.

Pada pertemuan itu juga katanya, kerajaan sedia menimbang syor supaya guru besar dan penyelia di pejabat pelajaran daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menerima gred lantikan DGA36 manakala guru penolong kanan DG32 diletakkan di gred DGA34.

Katanya, kenaikan gred itu berasaskan beban tugas guru berkenaan kerana tanggungjawab tersebut mengganggu tugas pengajaran di kelas.

Menurutnya, perbincangan itu juga melibatkan perkhidmatan guru lepasan diploma DGA29 hingga DGA38 yang memperoleh ijazah dilantik ke Gred DG42 seperti jururawat U29 berijazah dilantik ke gred U42 dalam kementerian berkenaan.

''Kesatuan mahukan kaedah ini diguna pakai untuk guru di gred berkenaan yang memperoleh ijazah sebagai pengiktirafan perkhidmatan mereka yang berkhidmat lebih 10 tahun," tambah beliau.


baca lebih lanjut di Utusan Malaysia Online


Pegawai kumpulan sokongan gred pangkat naik pangkat: PM


PUTRAJAYA:
Pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat 15 tahun atau lebih serta masih berada dalam gred lantikan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi berkuat kuasa 1 Julai ini.

Berucap pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan bahawa beberapa skim perkhidmatan akan dinaik taraf juga mulai 1 Julai

read more in berita harian


Sent your friends a Card at this Gawai...

*|*


Selamat Hari Gawai kepada semua yang menyambut Gawai
Gayu Guru Gerai Nyamai


To all mother

wish you all.....

Tema Hari Guru 2009

Selamat Hari Guru Tahun 2009

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran


BARUK.


At the main entrance, one will enter a pavilion-like circular structure made of mostly bamboos. This structure, connected to the longhouse by a wooden plank, is known as Baruk which functions as the congregation place for the Bidayuh warriors.



PPSMI

Respons: Demonstrasi jalanan bukan penyelesaian terbaik isu PPSMI

SABTU lalu seluruh rakyat Malaysia telah menyaksikan satu perhimpunan luar biasa sebagai menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ia dianjurkan oleh Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang turut disertai beberapa pemimpin Gabungan Penulis Nasional (Gapena) dan tokoh bahasa.

Walaupun pada awalnya, mereka bersetuju untuk hanya berhimpun di perkarangan Masjid Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong menerusi wakil Istana Negara, namun perhimpunan itu bertukar menjadi perarakan besar-besaran menuju ke Istana Negara. Keadaan itu memaksa polis melepaskan asap pemedih mata bagi menyekat penunjuk perasaan terus berarak. Berikutan itu keadaan menjadi kecoh dan tidak terkawal, akhirnya enam orang ditahan polis kerana menyertai perarakan tanpa permit.

Penganjur sendiri tidak menjangka perhimpunan itu akan bertukar menjadi satu perarakan besar dan mendakwa mereka yang datang itu tidak mengetahui persetujuan sebenar dibuat dengan pihak polis. Akhirnya niat ikhlas penganjur tercalar dan mengundang kritikan serta cemuhan dari pelbagai pihak.

sumber Berita Harian ( baca )

Tukar Format PDF Kepada Pelbagai Format Dengan Zamzar

Menukar format .pdf kepada pelbagai format dengan menggunakan zamzar

read more.....

APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self- accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).


PENGENALAN


Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.


KONSEP PEMBESTARIAN

Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counselors to help students develop know how and judgment to select information sources.Key to success in the Information Age will be making the right judgements between an awesome array of choices. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their lives

Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1 August 1996



The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.

Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004



… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005

Cara Download Video daripada Laman Web EDUWEBTV.COM.

Susah nak download video ? payah lee....ok admin nak bagitau nie sekarang anda dah boleh download video dengan mudah. Anda hanya memerlukan beberapa software untuk mendownload video daripada laman web EDUWEBTV.COM yang mungkin anda perlukan untuk mendownload video untuk kegunaan offline. (contohnya keadaan line internet sekolah yang slow) semua OS boleh samada anda Windows, Linux atau Mac OSX.

Software yang mungkin anda perlukan ialah :
1. Mozilla Firefox
2. VLC Player pilih platform OS anda

Cara-caranya

PIBG diingat laksana peranan pendidikan

Kerjasama erat dengan sekolah akan melahirkan generasi pelajar cemerlang: Jelaing

SARATOK: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diingatkan agar bergerak aktif untuk memastikan peranannya dalam pendidikan berkesan dan membawa impak positif kepada masyarakat.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jelaing Mersat berkata, PIBG akan menjadi penggerak kepada kecemerlangan jika mempunyai perancangan dan hala tuju yang terancang dan tepat.
“PIBG adalah badan yang akan bekerjasama erat dengan pihak pentadbir sekolah, sekali gus tampil dengan idea-idea bernas dalam memantapkan usaha melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pendidikan,” ujarnya.
“Pihak ibu bapa yang mendukung PIBG tidak harus terlalu pasif atau suka mengamalkan sikap tunggu dan lihat. Sebaliknya, bantulah pihak sekolah dengan mengutarakan idea-idea yang baik dan bernas.”

more news....

Headmasters can cane students: Alimuddin

PUTRAJAYA: School headmasters, principals and discipline teachers are vested with powers to cane undisciplined students under the Education Act, said Education Ministry director-general Datuk Alimuddin Mohd Dom.
“Their powers can also be delegated to other teachers, provided certain guidelines are followed and among the main guidelines are that students cannot be caned in public, their indiscipline must be recorded and a witness be present when the student was being caned.
“Such regulations and guidelines do exist in the Education Act,” he told reporters after chairing a meeting to discuss students’ involvement in crime, here yesterday.
The meeting was attended by police, Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF), state education directors, state police chiefs, Bukit Aman CID director Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin and MCPF deputy chairman Tan Sri Lee Lam Thye.

more...

Selamat Datang ke Myblog

Selamat datang ke 'MyBlog'. Blog ini bertujuan untuk berkongsi ilmu, pendapat, pandangan dan isu-isu semasa. Ia lebih kepada pendidikan atau berkaitan dengan pendidikan. Mana-mana pihak yang menggunakan bahan secara cetakan atau digital dari blog ini adalah tanggungjawab sendiri.

Terima kasih.