Kongres harap permohonan cuti guru 30 hari dilulus


JERANTUT 14 Mei - Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) berharap kerajaan dapat mengumumkan berita gembira bagi golongan pendidik pada sambutan Hari Guru Sabtu ini iaitu cuti 30 hari setahun.

Pengerusi Kongres, Jemale Paiman berkata, permohonan itu telah lama dikemukakan dan ia merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam perjumpaan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, kelmarin.

''Cuti tahunan guru pada masa ini adalah tujuh hari. ia merupakan antara yang diperjuangkan Kongres membabitkan perkhidmatan dan kebajikan guru.

''Perbincangan yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi itu menunjukkan tanda yang positif," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Jemale yang juga Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) berkata, ketika ini para guru menikmati cuti tahunan sebanyak tujuh hari.

Dalam pada itu katanya, antara perkara lain yang turut dibincangkan termasuk kajian semula elaun guru yang bertugas di pedalaman dan peluang kenaikan pangkat guru lepasan diploma.

Pada pertemuan itu juga katanya, kerajaan sedia menimbang syor supaya guru besar dan penyelia di pejabat pelajaran daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menerima gred lantikan DGA36 manakala guru penolong kanan DG32 diletakkan di gred DGA34.

Katanya, kenaikan gred itu berasaskan beban tugas guru berkenaan kerana tanggungjawab tersebut mengganggu tugas pengajaran di kelas.

Menurutnya, perbincangan itu juga melibatkan perkhidmatan guru lepasan diploma DGA29 hingga DGA38 yang memperoleh ijazah dilantik ke Gred DG42 seperti jururawat U29 berijazah dilantik ke gred U42 dalam kementerian berkenaan.

''Kesatuan mahukan kaedah ini diguna pakai untuk guru di gred berkenaan yang memperoleh ijazah sebagai pengiktirafan perkhidmatan mereka yang berkhidmat lebih 10 tahun," tambah beliau.


baca lebih lanjut di Utusan Malaysia Online


Pegawai kumpulan sokongan gred pangkat naik pangkat: PM


PUTRAJAYA:
Pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat 15 tahun atau lebih serta masih berada dalam gred lantikan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi berkuat kuasa 1 Julai ini.

Berucap pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan bahawa beberapa skim perkhidmatan akan dinaik taraf juga mulai 1 Julai

read more in berita harian


Sent your friends a Card at this Gawai...

*|*


Selamat Hari Gawai kepada semua yang menyambut Gawai
Gayu Guru Gerai Nyamai


To all mother

wish you all.....

Tema Hari Guru 2009

Selamat Hari Guru Tahun 2009

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran